LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY


Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk para pengunjung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi.


Tempat ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.
Pengembaraan melalui sungai juga boleh diaturkan untuk melihat Monyet Belanda dengan lebih dekat atau melihat burung-burung yang terdapat di sana seperti Burung Enggang dan Burung Raja Udang.

Para pengunjung boleh memilih pengembaraan pada waktu malam untuk melihat tupai terbang, kelip-kelip dan buaya.

Tempat ini juga menyediakan rumah kecil dengan kemudahan seperti 6 penghawa dingin dan bilik berkembar atau asrama bagi para pengunjung yang ingin bermalam di sana.

JADUAL  WAKTU  PEMERHATIAN

Pagi
  11.30 pagi – 1.30 petang
Petang
  4.30 petang – 6.00 petang

Pengangkutan
Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu untuk ke Sandakan.
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke tempat ini.

Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel dan para pengunjung boleh menaiki kereta atau jip untuk ke tempat ini.

Butir-Butir
Dewasa
(RM)
Kanak-Kanak
(RM)
Pelancong Tempatan
15.00
10.00
Pelancong Asing
60.00
30.00

LEMBAH DANUM


Maliau Basin terletak di daerah Tongon, Sabah, di mana ia merupakan kawasan tadahan air hujan yang dikelilingi dengan Sungai Maliau. Maliau Basin ini telah diwartakan sebagai kawasan pemulihan oleh Yayasan Sabah pada 1981. Kawasan ini juga meliputi Gunung Lotung (1667 meter), air terjun Maliau, dan tasik Linumunsut.



Ia juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah".  Sehingga hari ini, hanya 30% dari tempat tersebut telah diterokai. Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti 'jungle trekking', mereka harus bersedia untuk menghadapi dengan pengembaraan yang sukar dan mencabar ini.  Juga mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah dan membawa bersama seorang yang tahu selok belok lokasi berkenaan sebagai penunjuk jalan atau arah.  Dengan keindahan serta keunikan alam dan kecantikan air terjun, para pengunjung pasti akan merasakan pengembaraan ini adalah sesuatu yang cukup menggembirakan. 

Lebih daripada 30 spesis mamalia terdapat di kawasan ini.  Terdapat 270 spesis burung, lebih daripada 80 spesis bunga orid.

Pengangkutan
PERJALANAN MELALUI
MASA
Tawau / Luasong Forestry Centre (190 km)
4 hingga 5 jam
Keningau
5 jam



Sebelum memasuki ke destinasi berkenaan hendaklah mengemukakan pas terlebih dahulu di Pintu Keselamatan Maliau Basin sebelum memasuki kawasan berkenaan. Pas berkenaan boleh didapati melalui Pejabat Yayasan Sabah Bahagian Perhutanan di Kota Kinabalu ataupun Tawau.

PADAS RAFTING

Sungai Padas terletak di kawasan pedalaman di barat daya Kota Kinabalu. Para pengunjung akan dapat mengalami sendiri pengalaman berkayak di sungai berskala III - IV dan aktiviti ini sesuai bagi mereka berumur 12 hingga 55 tahun.

Pengangkutan
Dari Kota Kinabalu, para pengunjung boleh menaiki teksi untuk ke Beaufort. Perjalanan ini akan memakan masa selama 2 jam.


Setiba di Beaufort, dikehendaki untuk menaiki kereta api selama 3 jam perjalanan untuk sampai ke Sungai Padas.





Maklumat guide yang mungkin anda akan perlukan boleh pergi ke web ini
1) http://www.ultimateborneo.com/2010/03/padas-white-water-rafting

RUMAH TERBALIK DI TAMPARULI SABAH


Satu-satunya ‘rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.


Salah satu daripada 5 rumah terbalik yang ada diseluruh dunia


Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.


Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun.





Gambar-gambar berkaitan







Berbaloi kalau datang ke Sabah, macam-macam ada..


Untuk maklumat lanjut anda boleh link ke web ini http://www.upsidedownhouse.com.my





PORING HOT SPRING


Poring Hot Spring terletak kira-kira 40 km di timur laut pusat Taman Kinabalu. Poring bagi KadazanDusun merupakan sejenis spesies pokok Buluh yang tumbuh di kawasan itu. Ia terkenal kerana kolam air panas dan jambatan gantungnya yang unik.
Kolam air panas Poring dikenali kerana air panasnya mengandungi galian sulfur yang boleh menyegarkan badan. Kolam air panas semulajadi ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa penat dan juga sakit sendi bagi mereka yang telah mendaki Gunung Kinabalu.
Para pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan yang indah apabila menyusuri jambatan gantung sepanjang 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok.
Terdapat juga Taman Kupu-Kupu dan Pusat Pemuliharaan Orkid di sini.






Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki bas awam dari Kota Kinabalu untuk ke Kolam Air Panas Poring tetapi perkhidmatan yang mereka sediakan cuma sekali dalam sehari sahaja. Cara lain untuk ke sana ialah dengan menaiki teksi dari Ranau dengan anggaran kos sebanyak RM30.00.



Gambar-Gambar Berkaitan