MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU



Dibina di atas tapak 2,47 ekar di teluk Likas, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu adalah contoh seni bina kontemporari Islam. Terletak berhampiran laut, masjid putih ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Masjid Nabawi di Madinah. Masjid terapung ini mempunyai sebuah dewan solat yang menempatkan tiga madrasah dan menempatkan  9, 000 hingga 12, 000 orang pada satu masa.

Masjid ini merupakan masjid terbesar di Kota Kinabalu setakat ini, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mungkin adalah salah satu masjid yang paling indah di Malaysia, lagun buatan manusia yang mengelilingi masjid ini memberikan pandangan yang tenang dan cantik  ketika malam bulan penuh.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terbuka untuk lawatan awam setiap hari, kecuali pada hari Jumaat 8:00am - 5:00pm. Tiada yuran yang akan dikenakan ke atas pelawat.

SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL

19 Jul 2013 - 21 Jul 2013
Rombongan tarian dari seluruh dunia akan berkumpul di Negeri di Bawah Bayu ini untuk menyertai Festival Folklor Antarabangsa Sabah. Pesta budaya rakyat ini menjanjikan hiburan serta pendidikan mengenai budaya yang berbeza daripada negara-negara yang mengambil bahagian.

Tempat
Sabah Cultural Centre, Penampang, Sabah

Telefon
+6088-259 457/ +6019-821 8718


LUMBA PERAHU NAGA

15 Jun 2013 - 16 Jun 2013

Merupakan satu acara tradisi kaum Cina yang berasal daripada beberapa mitos dan legenda yang telah berkembang menjadi salah satu acara kemuncak utama tahunan. Acara perlumbaan yang hebat ini telah menarik minat banyak pasukan dari pelbagai negara sejauh Australia, Hong Kong, Jepun, China, Singapura dan Brunei.


Venue
Likas Bay, Kota Kinabalu, Sabah

Telefon
+6088-232 121/ 260 431

MOUNT KINABALU INTERNATIONAL CLIMBATHON 2013




19 Okt 2013 – 20 Okt 2013

Digelar sebagai Perlumbaan Gunung Paling Mencabar di Dunia, perlumbaan ini merupakan cabaran sebenar menguji semangat ketahanan peserta. Pendaki gunung biasa akan mengambil masa dua hari untuk mendaki gunung itu tetapi para peserta perlumbaan boleh melakukannya dalam masa kurang dari 3 jam naik dan turun Gunung Kinabalu (4095.2 m), dengan jarak keseluruhan sepanjang 21 km untuk kategori Lelaki, Wanita dan Veteran Lelaki. Climbathon ini adalah sebahagian daripada Siri Sky Runners World Series Circuit yang telah diadakan selama beberapa tahun berturut-turut dan satu-satunya perlumbaan di litar yang di adakan di luar Eropah.

Sky Runners World Series Circuit ini dikawal selia dan diselaraskan oleh pihak Persekutuan yang berpangkalan di Eropah untuk Sport at Altitude (FSA).

Tempat
Kundasang, Ranau, Sabah

MUZIUM NEGERI SABAH



Sabah (dahulunya dikenali sebagai Borneo Utara British) datang di bawah pemerintahan pentadbiran British pada tahun 1881 apabila Piagam Diraja memberikan Syarikat Berpiagam Borneo Utara kuasa untuk memerintah dan mentadbir tanah jajahan. Beberapa tahun kemudian, British Borneo utara muzium telah ditubuhkan di Sandakan. Muzium ini telah dihentikan dan dihidupkan semula beberapa kali sehingga Muzium Sabah telah dibuka pada tahun 1965.
Muzium Sabah, yang terletak di rumah kedai di Gaya Street, Kota Kinabalu, telah dibuka secara rasmi pada Julai 15, 1965. Penubuhan Muzium adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh usaha-usaha Persatuan Sabah.Malah, Koleksi Woolley terkenal, yang membentuk koleksi asas muzium yg baru jadi, milik Encik GC Woolley, ketua pegawai eksekutif menetapkan masyarakat yang dicadangkan (meninggal dunia pada tahun 1947). Kurator pertama Muzium Sabah adalah Mr EJ Berwick.Muzium Sabah meningkat dan berkembang pesat manakala masih terletak di Gaya Street.Ia adalah mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri ke Muzium Sabah apabila seorang yang lebih besar (43 ekar), tapak kekal dan berprestij untuk muzium itu dibina telah dipilih mana yang House Kerajaan lama (dan kemudian di Negeri bangunan Dewan Undangan) digunakan untuk menjadi .
Pembukaan rasmi Muzium Sabah, yang terletak di tapak sekarang telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 11 April, 1984. Pada tahun 1985, jawatan Kurator telah dinaik taraf kepada Pengarah Muzium Sabah. Pada masa ini, Muzium datang di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri.

Info lanjut boleh kunjungi lawan web rasmi Muzium Negeri Sabah

SPA IKAN


Inginkan sesuatu yang berlainan daripada spa biasa yang kamu sering lakukan? Datanglah ke kampung Luanti Ranau untuk sesi "fish massage". Kampung Luanti Ranau terletak 131 kilometer dari Kota Kinablau dan 2 jam 40 minit pemanduan.



Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga ekosistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang. Jenis ikan yang popular yang terdapat di sini ialah,   

• Ikan Pelian yang berasal dari spesis Cyprinidae. 

Ikan ini dikatakan dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti Psoriasis.Jika 'fish massage' tidak membuatkan anda teruja, anda boleh juga mencuba aktiviti lain seperti,

• Meredah Hutan (Jungle Trekking)
• Meredah Sungai (River Trekking)
• Berkhemah• Karaoke
• Menaiki jambatan gantung
• "White Water Rafting"
Persembahan Tarian Tradisional

Kampung Luanti juga menyediakan program Homestay yang membuatkan pelancong lebih selesa dan mendapat pengalaman baru tinggal bersama dengan orang Kampung.


Video Berkaitan :


Maklumat lanjut boleh ke lawan web ini http://tagalmoroli.webs.com

TAMAN NEGARA KINABALU




Bayangkan anda berada di suatu kawasan hutan pergunungan. Cuacanya nyaman, udaranya bersih dan suasananya cukup tenang dan damai. Bunyi yang kedengaran hanyalah kicauan burung dan nyanyian cengkerik serta riang-riang bersahut-sahutan. Anda dikelilingi alam semulajadi, jauh dari riuh dan hingar kota. Hutannya ditumbuhi pohon-pohon hijau dan segala ceruknya pula ditumbuhi tumbuhan berwarna-warni yang mempunyai pelbagai bentuk dan cara hidup, ada yang unik dan aneh, dan banyak daripadanya tidak terdapat di mana-mana tempat lain di muka bumi ini. Kawasan ini kekal sebagai hutan dara dengan sekitaran semulajadi walaupun ada sebahagian kecil kawasannya telah dibangunkan sebagai tapak peranginan semualjadi yang telah menjadi tumpuan pelancong dan pendaki dari jauh dan dekat. Di kawasan ini juga tersergam megah gunung suci yang indah menjulang langit. Keindahan alam, kekayaan flora dan fauna serta tahap perlindungan kawasan ini diiktiraf seluruh dunia dan telah pula diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Inilah Taman Kinabalu, sering disebut sebagai 'syurga' penggemar alam.

Pewartaan Taman Kinabalu

Taman Kinabalu, seluas 75,370 hektar (753.7 km persegi) telah diwartakan sebagai sebuah Taman Negara pada tahun 1964. Taman ini kemudiannya diubah nama kepada Taman Kinabalu pada tahun 1984. Taman ini merupakan salah sebauh daripada enam buah Taman yang diurus oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi negeri Sabah. Antara tujuan Taman-Taman ini diwartakan adalah untuk mengekalkan keindahan alam dan melindungi flora dan fauna yang terdapat di dalamnya.






Video Berkaitan:




Gambar-Gambar Berkaitan :






KUNDASANG WAR MEMORIAL

Pintu Masuk Kundasang War Memorial
Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan
Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.

Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.


Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.



Harga Tiket Masuk :

1) Dewasa : RM 2
2) Kanak-kanak bawah 12 tahun : RM 1
3) Pelajar yang beruniform : RM 1
4) Pelancong luar negara : RM 10



Gambar-Gambar Berkaitan :






LADANG TEH SABAH


Dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan,  Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.

Teh Sabah ialah satu-satunya ladang  teh organik  di Borneo dan salah satu daripada  beberapa ladang seumpamanya di dunia. Lawatan  ke ladang teh merupakan satu pengalaman yang memberikan pengetahuan dan menyeronokkan kerana seseorang akan melalui pelbagai aktiviti riadah  seperti menyeberangi  laluan berhalangan di Kawasan Rekreasi Sapaon, meredah  trek laluan ke Bukit Kamunsu atau meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga.



Anda disarankan untuk memilih pakej 2 hari 1 malam,  Cabaran Teh Sabah, yang menyelitkan lawatan ke ladang dan kilang teh, kursus asas kemahiran  kemandirian di hutan,  Mengenali sungai dan kaedah  untuk menyeberangi sungai dengan selamat dan latihan berhalangan.  Pakej ini telah dianugerahi Program Pelancongan Terbaik (Pendidikan) dalam Majlis Anugerah Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur.



Pelawat boleh memilih sama ada menginap di rumah panjang tradisional, banglo mewah atau berkhemah di bawah kerdipan bintang malam.  Kemudahan lain yang disediakan termasuklah bilik seminar, restoran, kedai cenderamata, padang bola dan lapangan tenis.


Tidak kira sama ada untuk tujuan niaga atau berseronok, Ladang Teh Sabah menantikan  anda dengan jaminan pengalaman yang mencabar dan sukar untuk dilupakan. Tidak lengkap lawatan anda ke Ladang Teh Sabah tanpa menghirup teh Sabah yang terbaik!


PANTAI TANJUNG ARU



Pantai Tanjung Aru, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu(KKIA) dan kurang dari setengah kilometer dari terminal 2 Airasia. Ia turut dihubungkan ke rangkaian kereta api Sabah melalui stesen kereta api Tanjung Aru. Terdapat beberapa buah hotel ternama berhampiran dengan pantai ini antaranya ialah Hotel Sutera Harbour dan Shangri La Resort and Spa. Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan masyarakat tempatan serta pelancong. Pantai ini dibahagikan kepada tiga bahagian:


Pantai Pertama (Beach One): 
Dibangunkan oleh konsortium Sugarbun beberapa tahun yang lalu, bahagian ini lengkap dengan kemudahan seperti tandas, restoran dan gerai-gerai makanan. Anjung Perdana dan Taman Prince Philip juga terletak di sini.

Pantai Kedua (Beach Two):
Pantai ini mempunyai "inline skating rink" serta restoran yang sederhana dan agak sunyi berbanding dengan pantai pertama.

Pantai Ketiga (Beach Three):
Pantai ketiga merupakan kawasan pantai yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan merupakan tempat melepaskan tekanan dengan cara berteriak sepenuh hati. Kawasan pantai di sini amat sunyi berbanding dengan kedua-dua pantai yang lain. Tambahan lagi, kawasan pantai yang bersih, indah dan romantis dengan melihat matahari terbenam. Selain itu, kawasan ini sesuai kepada pemancing-pemancing kerana pantainya yang agak dalam dan bergelora terutamanya pada kawasan berbatu di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Kemudahan awam seperti tandas awam juga disediakan untuk persalinan.


Gambar-gambar berkaitan




TAMAN NEGARA PULAU PENYU


Taman Negara Pulau Penyu terletak 40km utara dari Sandakan, Sabah. Ia terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Selingan, Bakkungan Kecil dan Gulisan, dikelilingi oleh terumbu karang dan laut.  Ia terkenal dengan Penyu Pulau (Green Turtles) dan Penyu Karah/Penyu Sisik (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai pulau ini.

Hanya di Pulau Selingan menyediakan perkhidmatan chalet bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini bagi menyaksikan penyu bertelur. Bulan Oktober adalah masa musim kemuncak bagi penyu naik ke pantai untuk bertelur.

Bulan yang sesuai untuk berkunjung ke tempat ini adalah Mac dan September, elakkan mengunjungi dari bulan Oktober ke Februari kerana tempoh berkenaan adalah berlakunya musim angin kencang Monsoon Timurlaut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Lembaga Pelancongan Sabah di talian 088-212121 atau Sri Pelancongan Sabah di talian 088-232121.


Pengangkutan
Para pengunjung boleh menaiki bot dari Sandakan ke Pulau Selingan. Walau bagaimanapun, tiada parkhidmatan bot awam disediakan. Oleh itu, pengunjung perlu berjumpa dengan pegawai bertugas di taman negara tersebut atau mengatur perjalanan ke Pulau Selingan melalui ejen pelancongan.



Crystal Quest Sdn. Bhd.
Wisma Khoo Siak Chiew 12th Floor, Room 1204
P.O.Box 848 Sandakan, Sabah
Tel: 089-212711 Fax:089-212712
E-mail: cquest@tm.net.my

PUSAT PEMULIHAN ORANG HUTAN SEPILOK





Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.

Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.

Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :
lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia
dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.

Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.

Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas.   Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam. 

Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)

Cara ke Sana
Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan atau MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.

TAMBANG  PENGANGKUTAN DARI  BANDAR  SANDAKAN
Teksi
Bas
RM100.00 (ulang-alik) 
RM2.10 sehala

Masa Dibuka
Pagar Keselamatan
Setiap hari
8.00 pagi – 5.00 petang
Kaunter Tiket
Setiap hari
9.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 ptg   -    3.30 ptg
Dewan Pameran
Setiap hari (kecuali Jumaat)
9.00 pagi  -  4.30 petang

Pagar Keselamatan :
Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran :
Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :
Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang


Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00


Keterangan Lanjut

Alamat
Batu 14, Jalan Labuk
WDT200, 9009 Sandakan Sabah

Tel: +6089531180
Faks: +6089 531189
E-mel : soutan@po.jaring.my
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/

GUNUNG KINABALU




Gunung Kinabalu terletak di dalam Taman Kinabalu yang berada sejauh 80km timur dari Kota Kinabalu.Gunung Kinabalu mempunyai ketinggian setinggi 4,095 meter daripada aras laut.

Pengangkutan
Para pelancong yang berada di Kota Kinabalu boleh menuju ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang menuju ke Ranau, Sandakan atau Tawau. Perjalanan ini akan memakan masa selama 1 – 2 jam dengan anggaran kos sebanyak RM15 – RM20.
Para pelancong juga boleh menyewa kereta di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dengan kadar sewa yang berpatutan dan boleh dirunding  bergantung kepada syarikat yang mengendalikannya.


 



Untuk Permit Mendaki Gunung, ‘guide’ dan ‘porters’ sila hubungi :-
Sabah Park
Lot3, Block K, Sinsuran Gomplex
88806 Kota Kinabalu
Tel. : 6088-212719 / 211881
Fax : 6088-221001
E-mail : sabahparks@sabah.gov.my

PULAU SIPADAN


Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di Pantai Timur Sabah, Malaysia. Ia merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Ia diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dikekalkan sehingga kini.

Pemandangan alam bawah laut Sipadan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya serta birai,  batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan dan tercantik di dunia.

KENDERAAN

PENGANGKUTAN
BUTIR-BUTIR
MASA / KOS
Kapal Terbang
Kota Kinabalu / Tawau
45 minit
Teksi
Tawau / Semporna
1 jam / RM80.00
Bot
Semporna / Pulau Sipadan
45 minit


KOS

AKTIVITI   MENYELAM
BAYARAN(RM)
Tiga Orang Penyelam
260.00
Peralatan Menyelam
40.00
Permit ke Pulau Sipadan
40.00


EXPLORE ASIA TOURS SDN BHD
P.O.Box 14125
Kota Kinabalu
Telefon : 6088-230006
Fax : 6088-242003
Email : mabul@po.jaring.my
Website: www.sipadan.com.my


LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY


Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk para pengunjung yang ingin melihat haiwan ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi.


Tempat ini terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.
Pengembaraan melalui sungai juga boleh diaturkan untuk melihat Monyet Belanda dengan lebih dekat atau melihat burung-burung yang terdapat di sana seperti Burung Enggang dan Burung Raja Udang.

Para pengunjung boleh memilih pengembaraan pada waktu malam untuk melihat tupai terbang, kelip-kelip dan buaya.

Tempat ini juga menyediakan rumah kecil dengan kemudahan seperti 6 penghawa dingin dan bilik berkembar atau asrama bagi para pengunjung yang ingin bermalam di sana.

JADUAL  WAKTU  PEMERHATIAN

Pagi
  11.30 pagi – 1.30 petang
Petang
  4.30 petang – 6.00 petang

Pengangkutan
Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang dari Kota Kinabalu untuk ke Sandakan.
Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke tempat ini.

Separuh daripada jalan tersebut adalah jalan gravel dan para pengunjung boleh menaiki kereta atau jip untuk ke tempat ini.

Butir-Butir
Dewasa
(RM)
Kanak-Kanak
(RM)
Pelancong Tempatan
15.00
10.00
Pelancong Asing
60.00
30.00

LEMBAH DANUM


Maliau Basin terletak di daerah Tongon, Sabah, di mana ia merupakan kawasan tadahan air hujan yang dikelilingi dengan Sungai Maliau. Maliau Basin ini telah diwartakan sebagai kawasan pemulihan oleh Yayasan Sabah pada 1981. Kawasan ini juga meliputi Gunung Lotung (1667 meter), air terjun Maliau, dan tasik Linumunsut.



Ia juga dikenali sebagai "The Lost World of Sabah".  Sehingga hari ini, hanya 30% dari tempat tersebut telah diterokai. Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti 'jungle trekking', mereka harus bersedia untuk menghadapi dengan pengembaraan yang sukar dan mencabar ini.  Juga mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Yayasan Sabah dan membawa bersama seorang yang tahu selok belok lokasi berkenaan sebagai penunjuk jalan atau arah.  Dengan keindahan serta keunikan alam dan kecantikan air terjun, para pengunjung pasti akan merasakan pengembaraan ini adalah sesuatu yang cukup menggembirakan. 

Lebih daripada 30 spesis mamalia terdapat di kawasan ini.  Terdapat 270 spesis burung, lebih daripada 80 spesis bunga orid.

Pengangkutan
PERJALANAN MELALUI
MASA
Tawau / Luasong Forestry Centre (190 km)
4 hingga 5 jam
Keningau
5 jam



Sebelum memasuki ke destinasi berkenaan hendaklah mengemukakan pas terlebih dahulu di Pintu Keselamatan Maliau Basin sebelum memasuki kawasan berkenaan. Pas berkenaan boleh didapati melalui Pejabat Yayasan Sabah Bahagian Perhutanan di Kota Kinabalu ataupun Tawau.