SABAH INTERNATIONAL FOLKLORE FESTIVAL

19 Jul 2013 - 21 Jul 2013
Rombongan tarian dari seluruh dunia akan berkumpul di Negeri di Bawah Bayu ini untuk menyertai Festival Folklor Antarabangsa Sabah. Pesta budaya rakyat ini menjanjikan hiburan serta pendidikan mengenai budaya yang berbeza daripada negara-negara yang mengambil bahagian.

Tempat
Sabah Cultural Centre, Penampang, Sabah

Telefon
+6088-259 457/ +6019-821 8718


LUMBA PERAHU NAGA

15 Jun 2013 - 16 Jun 2013

Merupakan satu acara tradisi kaum Cina yang berasal daripada beberapa mitos dan legenda yang telah berkembang menjadi salah satu acara kemuncak utama tahunan. Acara perlumbaan yang hebat ini telah menarik minat banyak pasukan dari pelbagai negara sejauh Australia, Hong Kong, Jepun, China, Singapura dan Brunei.


Venue
Likas Bay, Kota Kinabalu, Sabah

Telefon
+6088-232 121/ 260 431

MOUNT KINABALU INTERNATIONAL CLIMBATHON 2013




19 Okt 2013 – 20 Okt 2013

Digelar sebagai Perlumbaan Gunung Paling Mencabar di Dunia, perlumbaan ini merupakan cabaran sebenar menguji semangat ketahanan peserta. Pendaki gunung biasa akan mengambil masa dua hari untuk mendaki gunung itu tetapi para peserta perlumbaan boleh melakukannya dalam masa kurang dari 3 jam naik dan turun Gunung Kinabalu (4095.2 m), dengan jarak keseluruhan sepanjang 21 km untuk kategori Lelaki, Wanita dan Veteran Lelaki. Climbathon ini adalah sebahagian daripada Siri Sky Runners World Series Circuit yang telah diadakan selama beberapa tahun berturut-turut dan satu-satunya perlumbaan di litar yang di adakan di luar Eropah.

Sky Runners World Series Circuit ini dikawal selia dan diselaraskan oleh pihak Persekutuan yang berpangkalan di Eropah untuk Sport at Altitude (FSA).

Tempat
Kundasang, Ranau, Sabah